Utusan Malaysia Online
PULAU PINANG 25 Mac - Pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH 674 dari Singapura ke Pulau Langkawi membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini hari ini.
Namun, kecekapan juruterbang MAS mengawal pesawat yang dipercayai mengalami masalah kebakaran enjin di bahagian sayap sebelah kanan itu berjaya menyelamatkan 83 penumpang dan enam anak kapal.
Difahamkan, pesawat itu sepatutnya mendarat di LTABL pada pukul 12.15 tengah hari untuk transit, namun terpaksa membuat satu pusingan di udara sehingga berjaya memadamkan kebakaran sebelum mendarat 15 minit kemudian.
Pengurus Kanan Malaysia Airport Berhad (MAB) di LTABL, Abdul Wahab Mohd. Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, berikutan kejadian berkenaan landasan terpaksa ditutup selama 20 minit dan dibuka semula pada 12.50 tengah hari.
"Pesawat ini berlepas dari Singapura pada pukul 11.15 pagi menuju ke Langkawi dan sememangnya dijadualkan transit di Pulau Pinang sebelum meneruskan penerbangan pada pukul 6 petang ini," katanya.
Dalam pada itu, penumpang penerbangan tersebut yang rata-rata terdiri daripada pelancong asing memuji tindakan pantas juruterbang serta kecekapan krew kapal mengawal keadaan cemas.
Eddie O'Hara, 46, yang duduk berhampiran tingkap berdekatan bahagian sayap yang mengalami kerosakan memberitahu, pada mulanya dia hanya mendengar bunyi seakan-akan letupan sejurus sebelum pesawat mendarat.
"Selepas pengumuman pendaratan daripada juruterbang, saya terdengar bunyi letupan kecil lalu melihat keluar tingkap dan ternampak api pada bahagian sayap itu.
"Kemudian saya dapat rasa pesawat itu naik semula dan membuat satu pusingan lagi sebelum mendarat dengan selamat dan pujian memang harus diberi kepada krew penerbangan itu yang menjalankan kerja dengan cekap," katanya.

Categories:
News