Oleh : Ibnu Ghazali
Bismillahir Rahmanir Rahim
Sebaik sahaja pesawat mendarat, kumpulan ‘engineer' akan memainkan peranan dalam mengambil alih urusan pemeriksaan ‘transit’. Ini meliputi pemeriksaan minyak enjin pesawat, tayar dan ‘landing gear’; memeriksa bahagian luar badan pesawat jika terdapat sebarang kerosakan dan mengesahkan sebarang masalah yang dilaporkan oleh juruterbang. Jurutera juga berperanan mengira bahan bakar dan menetapkan jumlah bahan bakar yang diperlukan oleh pesawat untuk penerbangan berikutnya. Kebiasaannya, rutin ini memakan masa kurang 25 minit sebelum pesawat dibenarkan meneruskan penerbangan.
Sebaik sahaja pesawat mendarat, kumpulan ‘engineer' akan memainkan peranan dalam mengambil alih urusan pemeriksaan ‘transit’. Ini meliputi pemeriksaan minyak enjin pesawat, tayar dan ‘landing gear’; memeriksa bahagian luar badan pesawat jika terdapat sebarang kerosakan dan mengesahkan sebarang masalah yang dilaporkan oleh juruterbang. Jurutera juga berperanan mengira bahan bakar dan menetapkan jumlah bahan bakar yang diperlukan oleh pesawat untuk penerbangan berikutnya. Kebiasaannya, rutin ini memakan masa kurang 25 minit sebelum pesawat dibenarkan meneruskan penerbangan.
Kalau nak kenal 'landing gear', inilah makhluk yg bernama 'landing gear'
(Boeing 747 Air Atlanta & penulis)
Apabila pesawat kembali ke ‘home base’ pada waktu malam, kerja penyelenggaraan yang ‘seronok’ akan bermula. Di samping meneliti buku log (teknikal) yang direkod oleh juruterbang terhadap mana-mana kerosakan yang dilaporkan, jurutera pesawat juga akan mengendalikan penyelenggaraan ‘kasar’.
Rutin sebagai AME (Aircraft Maintenance Engineer) - Inspect the turbine engine of aircraft
Setiap komponen pesawat mempunyai jadual penyelenggaraan berdasarkan jam penerbangan atau pendaratan yang dicatat. Kerja kejuruteraan adalah pekerjaan yang lasak dan ‘kotor’, jurutera pesawat selalu bergelumang dengan cuaca panas terik.
Penggantian penapis hidraulik, minyak pelincir ‘landing gear’, menukar unit bantuan kuasa (auxiliary power unit), air hujan, servis ‘flap’ dan memeriksa tayar pesawat adalah antara sebahagian skop tugas jurutera pesawat terbang.
Kebanyakan syarikat penerbangan kini sudah mengguna pakai pesawat jenis Airbus (moden dan canggih), namun masih ada yang mengguna khidmat pesawat jenis Boeing 737. Boeing 737 masih menggunakan tangki sisa buang. Kumpulan ‘engineer' seringkali dipanggil untuk membuang bekas sabun, cawan dan telefon bimbit yang menjadi ‘mangsa’. ‘Mencabar’ kan tugas jurutera pesawat? Haha..
Sudah pasti ada juga tugas yang menarik bagi ‘aircraft maintenance engineer’. Antaranya adalah penggunaan ‘endoskop’. Dengan menggunakan alat optic berteknologi tinggi dipanggil ‘borescope’, jurutera akan memeriksa bahagian dan retakan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar untuk mencari kerosakan dalaman bilah enjin pesawat (internal engine blades) – prosedur terpenting yang memakan masa selama dua hingga tiga jam.
Bagi memastikan kabin penumpang sentiasa selamat, jurutera akan memeriksa alat pemadam api dan jaket keselamatan supaya dalam keadaan baik.
Kabin
penumpang (Airbus A340)
penumpang (Airbus A340)
Sementara penyelenggaraan ringan pesawat (“E-checks”) dijalankan di luar hangar, sekumpulan jurutera ‘expert’ mengendaliakn penyelenggaraan berat ke atas pesawat (“C-checks”).
Inilah dia 'hangar'. Jangan tersilap dgn 'hanger' baju ya
(outside of MIAT hangar)
Untuk pesawat kelihatan sentiasa ‘bersih’, pesawat akan ‘dimandikan’. Hehehe. Pesawat akan dibasuh dan digilap (polish) mengikut jadual. Proses memandikan pesawat mengambil masa lebih kurang dua jam. Sementara ‘polish’ pesawat pula memakan masa sehingga tiga hari. Wah, biar betul? Sebenarnya, pembersihan pesawat sangat penting bagi membuang debu dan bahan-bahan yang tidak diperlukan (sampah). Ianya penting dalam mengurangkan daya geseran pesawat sewaktu terbang dan mengurangkan pembakaran bahan bakar, macam kereta gak.
Selain itu, antara komponen terpenting yang mesti sentiasa diperiksa adalah tayar pesawat. Tayar memainkan peranan penting terutamanya sewaktu berlepas dan mendarat – penyelenggaraan mengikut prosedur perlu bagi memastikan penerbangan selamat. Biasanya tayar akan diperiksa dari segi koyak atau lusuh. Sekiranya tayar didapati berada dalam keadaan tidak memuaskan, roda pesawat akan ditanggalkan dan dihantar ke kedai tayar.
p/s : kedai tayar Good Year kat Taman Bahagia, Cherang tak dapat ‘servis’ tayar kapal terbang oK!
p/s : kedai tayar Good Year kat Taman Bahagia, Cherang tak dapat ‘servis’ tayar kapal terbang oK!
Di sini, tayar akan melalui beberapa proses: Pertama, tayar akan dipisahkan daripada habnya menggunakan mesin. Ha, mesin ini mungkin anda boleh lihat di kedai tayar kereta sebab ‘function’nya sama. Cuma beza pada saiz dan lebih ‘complicated’. Selepas itu, ujian dilakukan untuk mencari punca masalah.
‘Crack’!
Proses ini penting, jika terdapat garis retak hab tidak selamat digunakan lagi. Selesai sahaja proses ini, bearing akan disapu gris dan tayar baru dipasangkan. Sebelum ianya sedia diguna, tayar akan diisi dengan gas ‘nitrogen’ dan diperiksa sekali lagi. Kini gas 'nitrogen’ boleh diguna pakai untuk kereta. Penggunaan gas ‘nitrogen’ menjimatkan petrol kereta dan selesa untuk pemanduan.
‘Crack’!
Salah satu tugas LAME : Do the procedure of Weight & Balance of aircraft
(Pesawat jenis Cessna 170)
Bateri pesawat juga perlu sentiasa dicas, servis dan baik pulih (overhaul). Seperti juga bateri ‘phone’ kita yang perlu dicas penuh sebelum guna. Servis bateri pesawat dengan betul amat penting dalam menjamin daya tahan bateri, juga untuk membekalkan kuasa elektrik kecemasan yang cukup sewaktu penerbangan. Sewaktu penerbangan, tenaga terhasil oleh enjin (bateri akan ‘recharge’) di bawah kokpit pesawat.
Kokpit pesawat jenis Boeing 767
Sebenarnya kerjaya sebagai ‘aircraft maintenance engineer' tidaklah sehebat ‘pilot’. Namun, ianya membawa kepuasan kepada individu yang menghayati budaya kerja sebagai ‘Aircraft Maintenance Crew'.
Good Luck!
p/s : Diolah daripada artikel Flying High
(Majalah Travel 3 Sixty - versi Bahasa Inggeris)
(Majalah Travel 3 Sixty - versi Bahasa Inggeris)
Categories:
Article
baik blog ini
saya cuba nak buat tapi tak cukup bahan.. yang susah nak dapatkan gambar yang baik..
http://airlines-jobs-online.blogspot.com/2011/10/kerjaya-sebagai-jurutera-pesawat.html
macam mana nak mohon or jadi jurutera pesawat.??
ada tak.. perempuan yang kerja dalam bidang nie?
Q1:Untuk menjadi jurutera pesawat yg paling penting adalah dpatkan lesen,sama jugak seperti pilot..bila belajar di MIAT,anda sudah selangkah utk peroleh lesen.
Q2:Ada saja prempuan yg kerja & blajar di MIAT,yg pnting adalah minat & ksungguhan.
bagaimana peluang pekerjaan bagi lepasan miat yg ada lesen.bagi yg tiada lesen pula bagaimana.terima kasih.
kalo belajar kat ADMAL ok x ?? same x mcm unikl pnye kualiti ??
terima kasih banyak pengetahuan yang berguna di perolehi
apa course diploma yg perlu diambil untuk menjadi aircraft maintainance engineer?
di unikl-miat ada byk kategori yg berkaitan, mana yg perlu diambil agaknya?
bgaimana nk dptkn lesen tnpa mngikuti kursus sprti diploma/dgree di MIAT atau sebagainya?
kalau belajar di nilai university ? oke x?
maaf la bertanya.. minat ada tapi umur dan kelayakan untuk belajar di MIAT ni rasa klu akademik sekolah atap tapi minat sngat main kapal terbang mainan la yek ...
Di mana hndak mgambil lesen ini...?
Tq
kalau belajar di malaysian aviation training academy (MATA) boleh jadi jurutera pesawat x..???
btol ke pluang pkjaan dlm bdang ni cerah??
sy bru msok miat...tp sy still confse better sy troskn course ni ur sy tkar bidg...sy takut sy sukar mndpat pluang pkerjaan sbb utamnya sy prmpuan n sy plak ambk bhgian mekanikal..
BLOG NIE MCM X ACTIVE LA.. CUBA LA JAWAB ORG TNYA TU!! DEII..
assalam..sy belajar dlm bidang pengurusan penerbangan..masalah sy sekarang kolej tmpat sy belajar tiada pengiktirafan..peluang sy untuk kerja dlm bidang ni ada ke ?
Name fb please.. nk tnye sesuatu brkaitan ngn MIAT
Kalau dari lpsn SPM dn nk menghala ke course ni apa yg perlu diambil masa kat u? Ada ke prmpuan Kerja dlm bidang ni?
Assalamualaikum , kena focus dalam subjek apa erk ?
Boleh x senaraikan ape yg sy kena lalui start spm sampai jadi aircraft engineer nie
Trima kasih, mklumat ini sgt mmbantu