It's all about Aviation |



Mercedes-Benz dengan kerjasama Eurocopter membangunkan helikopter edisi khas VIP. Rekaan Mercedes-Benz EC145 menggabungkan kabin ‘high-end’ berdasarkan dalaman kereta Kelas-R. Warna dan bahan yang pelbagai akan tersedia untuk pembekal. 



 Mercedes-Benz EC145


Bercirikan ekslusif


Ruang Kabin

Ciri-ciri lain yang terdapat pada helikopter ini adalah ruang simpanan pelbagai guna (kabin belakang), monitor beserta pemain DVD, pembahagi antara kokpit dan kabin, sistem pencahayaan dalaman menyerupai kereta Kelas-E dan Kelas-S dan ruang simpanan tambahan.



 Model Asal Eurocopter EC145


Continue reading.. …

Weststar Aviation Services menandatangani kontrak dengan 5 syarikat gergasi industri minyak & gas dalam menyediakan perkhidmatan helikopter untuk jangka masa 10 tahun. Perjanjian dianggarkan bernilai RM4.2 bilion.

'Offshore'


Group MD Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim berkata, syarikat akan menyediakan perkhidmatan penerbangan helikopter kepada Petronas Carigali, ExxonMobil Exploration & Production Malaysia, Newfield (Malaysia), Petrofac (Malaysia-PM304) dan Talisman Malaysia, yang beroperasi di Kerteh dan Kota Bharu.

Helikopter milik Weststar Aviation


Kontrak yang ditandatangani adalah yang terbesar dalam sejarah Weststar Aviation, hal ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal perkhidmatan penerbangan di rantau Asia Tenggara. Weststar mempunyai 19 buah helicopter keseluruhan dan ditambah dengan pesawat baru AW139s dalam mengendalikan operasi ini.

2 buah helikopter model Sikorsky 76, Travira Air - Weststar


Ia juga mempunyai 2 buah lagi helikopter tambahan dalam mengendalikan kerja cari gali minyak untuk Carigali Hess di bawah perjanjian berasingan yang beroperasi di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Pengoperasian Travira Air Untuk Weststar Aviation - Pengkalan Chepa, kredit kepada Kapten Asari


Syed Azman melihat potensi dan peluang yang luas dalam sektor cari gali minyak kepada Weststar dan sedang berusaha untuk mengembangkan perkhidmatan ke Negara-negara lain di rantau Asia Tenggara . Sebagai contoh, mereka berminat untuk menjalinkan hubungan dengan PTT Thai.


Continue reading.. …

Eurocopter X3 hibrid ‘demonstrator’ sedang menjalani pusingan kedua ujian terbang di Perancis. Rekaan baru ini fokus untuk mengekalkan keupayaan pelbagai fungsi seperti ‘hover’, autorotation dan misi fleksibiliti. Helicopter X3 menggunapakai kerangka (airframe) Eurocopter Dauphin 365. Manakala sistem penggerak (propulsion system) terdiri dari 2 enjin turboshaft di mana kuasa telah dihasilkan oleh 5 bilah rotor utama dan 2 kipas yang dipasang di sayap pesawat.  

 

 

Eurocopter Dauphin AS365 yang dimiliki oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

 

Konsep hibrid ini telah menghasilkan sistem pengangkutan lebih canggih pada kuasa kelajuan maksima, menjadikan sebuah pesawat berkuasa ‘turboprop’ dan membolehkan helikopter memiliki kemampuan penuh untuk ‘hover’ (melayang-layang). Aplikasi ini disesuaikan dengan kos operasi, tempoh penerbangan dan kejayaan sesuatu misi selaras dengan kelajuan maksima.

 

 

 Objektif ujian terbang pusingan pertama pada November 2010 di Perancis telah tercapai iaitu kelajuan 180 knot bersamaan 333 km per jam. Kelajuan biasa sebuah helicopter ialah sekitar 130 knot. Harapan untuk ujian terbang pusingan kedua ialah untuk mengatasi kelajuan terbang pada 220+ knot. Jurutera dan juruterbang ujian terbang mengatakan X3 beraksi dengan baik (kestabilan dan kawalan) selari dengan penilaian ketika melakukan simulasi.

 

 Pencapaian ketika ujian terbang pusingan pertama :

Kelajuan (cruise speed) – 180 knot

Sudut pusingan (bank angle) - 600

Altitude – 12,500 kaki bersamaan 3,810 meter

 

 



Bagi helikopter jenis Sikorsky X2 pula, selama 25 bulan telah diperuntukkan untuk mereka dan menjadikan rekaan ini sebagai realiti. X2 direka untuk mengurangkan gegaran, kelajuan maksimum 260 knot, beban kerja rendah (1 juruterbang) dan kurang bunyi. 





Continue reading.. …