It's all about Aviation |

Eurocopter X3 hibrid ‘demonstrator’ sedang menjalani pusingan kedua ujian terbang di Perancis. Rekaan baru ini fokus untuk mengekalkan keupayaan pelbagai fungsi seperti ‘hover’, autorotation dan misi fleksibiliti. Helicopter X3 menggunapakai kerangka (airframe) Eurocopter Dauphin 365. Manakala sistem penggerak (propulsion system) terdiri dari 2 enjin turboshaft di mana kuasa telah dihasilkan oleh 5 bilah rotor utama dan 2 kipas yang dipasang di sayap pesawat.  

 

 

Eurocopter Dauphin AS365 yang dimiliki oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

 

Konsep hibrid ini telah menghasilkan sistem pengangkutan lebih canggih pada kuasa kelajuan maksima, menjadikan sebuah pesawat berkuasa ‘turboprop’ dan membolehkan helikopter memiliki kemampuan penuh untuk ‘hover’ (melayang-layang). Aplikasi ini disesuaikan dengan kos operasi, tempoh penerbangan dan kejayaan sesuatu misi selaras dengan kelajuan maksima.

 

 

 Objektif ujian terbang pusingan pertama pada November 2010 di Perancis telah tercapai iaitu kelajuan 180 knot bersamaan 333 km per jam. Kelajuan biasa sebuah helicopter ialah sekitar 130 knot. Harapan untuk ujian terbang pusingan kedua ialah untuk mengatasi kelajuan terbang pada 220+ knot. Jurutera dan juruterbang ujian terbang mengatakan X3 beraksi dengan baik (kestabilan dan kawalan) selari dengan penilaian ketika melakukan simulasi.

 

 Pencapaian ketika ujian terbang pusingan pertama :

Kelajuan (cruise speed) – 180 knot

Sudut pusingan (bank angle) - 600

Altitude – 12,500 kaki bersamaan 3,810 meter

 

 



Bagi helikopter jenis Sikorsky X2 pula, selama 25 bulan telah diperuntukkan untuk mereka dan menjadikan rekaan ini sebagai realiti. X2 direka untuk mengurangkan gegaran, kelajuan maksimum 260 knot, beban kerja rendah (1 juruterbang) dan kurang bunyi. 





Categories: ,

Leave a Reply