It's all about Aviation |

Weststar Aviation Services menandatangani kontrak dengan 5 syarikat gergasi industri minyak & gas dalam menyediakan perkhidmatan helikopter untuk jangka masa 10 tahun. Perjanjian dianggarkan bernilai RM4.2 bilion.

'Offshore'


Group MD Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim berkata, syarikat akan menyediakan perkhidmatan penerbangan helikopter kepada Petronas Carigali, ExxonMobil Exploration & Production Malaysia, Newfield (Malaysia), Petrofac (Malaysia-PM304) dan Talisman Malaysia, yang beroperasi di Kerteh dan Kota Bharu.

Helikopter milik Weststar Aviation


Kontrak yang ditandatangani adalah yang terbesar dalam sejarah Weststar Aviation, hal ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal perkhidmatan penerbangan di rantau Asia Tenggara. Weststar mempunyai 19 buah helicopter keseluruhan dan ditambah dengan pesawat baru AW139s dalam mengendalikan operasi ini.

2 buah helikopter model Sikorsky 76, Travira Air - Weststar


Ia juga mempunyai 2 buah lagi helikopter tambahan dalam mengendalikan kerja cari gali minyak untuk Carigali Hess di bawah perjanjian berasingan yang beroperasi di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Pengoperasian Travira Air Untuk Weststar Aviation - Pengkalan Chepa, kredit kepada Kapten Asari


Syed Azman melihat potensi dan peluang yang luas dalam sektor cari gali minyak kepada Weststar dan sedang berusaha untuk mengembangkan perkhidmatan ke Negara-negara lain di rantau Asia Tenggara . Sebagai contoh, mereka berminat untuk menjalinkan hubungan dengan PTT Thai.


Categories:

Leave a Reply