It's all about Aviation |

Sebuah pusat penyelenggaraan helikopter bakal didirikan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bertempat di sekolah penerbangan UniKL MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology) dengan kerjasama Eurocopter.



Penubuhan pusat kecemerlangan ini adalah sebahagian daripada projek pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 SAR (search and rescue) oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.



 Eurocopter EC725


 'Centre of excellence' ini dijangka menawarkan program latihan profesional penyelenggaraan helikopter mengikut 'standard' yang ditetapkan oleh EASA (European Aviation Safety Agency) dan khidmat rundingan dalam membangunkan bidang penerbangan di Malaysia.



 
Majlis menandatangani kontrak ini diadakan di Paris pada 23 Jun 2011 lepas sempena Paris Air Show 2011. Prof Dato’ Dr Abdul Hakim Juri telah mewakili UniKL pada majlis tersebut.

Categories:

Leave a Reply